Pages

Wednesday, April 22, 2015

Program Sahabat

Program Sahabat PTPTN adalah satu program yang mewujudkan kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan/ agensi swasta/ persatuan yang berdaftar bagi menggalakkan kakitangan membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i secara potongan gaji.
Program ini juga bertujuan menggalakkan kakitangan dan orang ramai membuat pembukaan akaun SSPN-i di samping menjana pendapatan sampingan kepada Sahabat.

Agensi yang menyertai program ini akan menikmati pemberian komisen seperti berikut:

Bil.PerkaraKomisen Dibayar (RM)
1.Pembukaan akaun SSPN-i (kakitangan/ orang ramai)2.00/ akaun
2.Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN- i (akan dibayar bagi setiap kali potongan gaji yang berjaya)0.50/ akaun
3.Potongan gaji bagi pembayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN yang berjaya10.00/ penerima biaya/ one off

Sahabat PTPTN yang berjaya menarik minat orang ramai selain daripada kakitangan Sahabat untuk pembukaan akaun SSPN-i melalui potongan gaji juga layak diberikan komisen.
Pendeposit SSPN-i yang telah membuat potongan gaji sebelum agensi/ syarikat/ persatuan menjadi Sahabat PTPTN, komisen RM0.50/ bulan akan diberikan sekiranya pendeposit membuat tambahan potongan gaji sekurang-kurangnya RM5.00/ akaun.
Penerima biaya yang telah membuat potongan gaji sebelum agensi/ syarikat/ persatuan menjadi Sahabat PTPTN, komisen RM10.00 secara one off akan diberikan sekiranya penerima biaya membuat penjadualan/ penstrukturan semula tanpa mengambilkira sama ada terdapat perubahan dalam jumlah potongan gaji.

Sahabat PTPTN juga berpeluang menyertai program-program yang bersesuaian anjuran PTPTN dan memperolehi informasi terkini PTPTN.

 Keistimewaan Program
Kakitangan yang membuat potongan gaji untuk bayaran balik layak menikmati diskaun 10%. Pendeposit SSPN-i pula, berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Keistimewaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Cara Menyertai
Kakitangan yang membuat potongan gaji untuk bayaran balik layak menikmati diskaun 10%. Pendeposit SSPN-i pula, berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Keistimewaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Sila Hubungi Kami Untuk Menjadi SAHABAT..

0 comments:

Post a Comment

 

Kami Sedia Membantu Anda

Kami Sedia Membantu Anda

ARKIB